SELAMAT DATANG KE TINTA KOMSAS

Sunday 18 December 2011

Sinopsis Cerpen 'Gema Sepi Gadis Genius'

Basirah, remaja perempuan berusia 14 tahun yang sedang menjalani latihan praktikum tahun akhir pengajian komputer sebuah universiti tempatan. Dilema atau konflik yang mengusutkan fikiran Basirah ialah dari segi kehidupan normal remaja yang sebaya, iaitu ramai kawan.

Pengarang menggambarkan kepintaran luar biasa Basirah dengan kakaknya, Hanani yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya. Pertumbuhan fizikal dan mental Basirah jauh mengatasi Hanani. Misalnya, sewaktu Hanani baru belajar berjalan, Basirah sudah pun pandai melompat (muka surat 105).

Hanani teringin sangat hendak menjadi seperti Hanani yang lincah, kreatif, lasak dan banyak kawan. Walaupun genius, Basirah dilayan seumpama budak-budak juga oleh dua orang timbalan pengurus (40-an) di Makmal Perdana, Kota Kinabalu itu. Cabaran itu disambutnya dengan usaha mengesan penceroboh yang tersesat masuk walhal tujuan asalnya ialah mencuri maklumat ketenteraan negara.

Basirah mahu jenayah digital ditentang habis-habisan. Namun, pensyarah Basirah mahukan pendekatan penyelidikan sains digunakan, bukan pendekatan polis. Sedang Basirah mencongak langkah seterusnya tiba-tiba muncul kakaknya bersama-sama 10 orang remaja lain untuk meraikan ulang tahun kelahiran Basirah yang ke-14.

Mereka juga mencadangkan macam-macam idea untuk mengumpan si penceroboh supaya berlama-lama di saluran internet Makmal Perdana. Hanani pula lebih ke hadapan dengan cadangan mencipta sejumlah fail teks yang nampak seperti tulen, lalu dinamai Strategic National Network. ADengan kerjasama pensyarahnya, dan kelalaian si penceroboh, Roger Maris, yang beroperasi dari sebuah pangsapuri di Los Angeles berjaya dikesan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Hanani lebih tenang dan tabah menghadapi masa hadapannya walaupun dirinya sedikit nakal, tetapi kreatif. Basirah nyata teruja dengan kehidupan remaja yang normal seperti kakanya, walaupun dia genius. Begitulah impian gadis genius yang sepi dalam gema sistem internet. 

No comments:

Post a Comment

tinggalkan sebarang ulasan dan pertanyaan anda disini =)