SELAMAT DATANG KE TINTA KOMSAS

Monday 19 December 2011

NUKILAN KAMI

Nursyahida binti Samsudin.

Malaysiaku
Indah!
Di kota ini
Tiada sengketa
Tiada juga perang

Hari ini juga indah!
Tiada hujan lebat tiada juga panas membahang 
Pulau hijau membiru
Persis dalam lukisan

Disini,
Tiada batu tajam
Tiada duri semua indah bagai ada yang menjaga

Kanak-kanak bermain gembira
Berkejaran kesana dan kemari
Ibu dan ayah girang
Masing-masing selesa dengan hidup hari ini

Diatas tanah Malaysiaku,
Segalanya begitu indah
Terutamanya di pulau ini

Dan disini,
Kami berdiri bersama
Berpimping tangan
Berjalan seiringan
Dan mengumpulkan suara
Bertempik sekuat-kuatnya.




Pada Tanah Ini
Pada tanah yang kupijak ini
tidak akan kubiarkan
derap langkah longlai
di bawah bulan kesiangan.

Dan kuingkari segala kota janji
menadahkan tangan ke langit
mendung sedang hujannya tak jadi.

Demikian tanah ini
gunung lurahnya
bersatu menyentuh
hamparan dadaku
kerikil debunya
berterbangan ringan
tidak kukenal lagi.
  
Nurkilan, 
Nur Fauzana Mohad.

PUSAKA BONDA
Kampung halamanku
terselit 10001 rahsia       
aman damai
bebas sengketa

Tanah kasihmu yang wangi
limpah budimu yang kusayang
perut bumimu penuh emas berurai
bakal mengisi keringat anak petani
menggali rezki di bumi ini

Hidup bagai aur dengan tebing
pusaka nenek moyangku
menuntut bela demi
anak tercinta.                 

Dan hari ini
menggegar kota
tangisan anak tak berdosa
di mana-mana sahaja
akibat tangan manusia

di kiri duri
di kanan api
lenyap sudah wajah daerah tercinta
kerakusan manusia menodai pusaka bonda.

Di mana maruah anak bangsa?
Di mana adat dan budaya?
Segalanya hilang entah ke mana
Hak dan batil tidak boleh di beza
Segalanya sia-sia

Ayuh bangsaku!
bangunlah dari mimpi-mimpi yang indah
tegakkan pusaka bonda
yang hampir musnah
adab dan budaya tidak di gugah
sejahtera ke atas  orang-orang yang bersumpah.

Nurkilan,
Nur Fauzana Mohad.






Sunday 18 December 2011

Sinopsis Cerpen 'Gema Sepi Gadis Genius'

Basirah, remaja perempuan berusia 14 tahun yang sedang menjalani latihan praktikum tahun akhir pengajian komputer sebuah universiti tempatan. Dilema atau konflik yang mengusutkan fikiran Basirah ialah dari segi kehidupan normal remaja yang sebaya, iaitu ramai kawan.

Pengarang menggambarkan kepintaran luar biasa Basirah dengan kakaknya, Hanani yang berusia dua tahun lebih tua daripadanya. Pertumbuhan fizikal dan mental Basirah jauh mengatasi Hanani. Misalnya, sewaktu Hanani baru belajar berjalan, Basirah sudah pun pandai melompat (muka surat 105).

Hanani teringin sangat hendak menjadi seperti Hanani yang lincah, kreatif, lasak dan banyak kawan. Walaupun genius, Basirah dilayan seumpama budak-budak juga oleh dua orang timbalan pengurus (40-an) di Makmal Perdana, Kota Kinabalu itu. Cabaran itu disambutnya dengan usaha mengesan penceroboh yang tersesat masuk walhal tujuan asalnya ialah mencuri maklumat ketenteraan negara.

Basirah mahu jenayah digital ditentang habis-habisan. Namun, pensyarah Basirah mahukan pendekatan penyelidikan sains digunakan, bukan pendekatan polis. Sedang Basirah mencongak langkah seterusnya tiba-tiba muncul kakaknya bersama-sama 10 orang remaja lain untuk meraikan ulang tahun kelahiran Basirah yang ke-14.

Mereka juga mencadangkan macam-macam idea untuk mengumpan si penceroboh supaya berlama-lama di saluran internet Makmal Perdana. Hanani pula lebih ke hadapan dengan cadangan mencipta sejumlah fail teks yang nampak seperti tulen, lalu dinamai Strategic National Network. ADengan kerjasama pensyarahnya, dan kelalaian si penceroboh, Roger Maris, yang beroperasi dari sebuah pangsapuri di Los Angeles berjaya dikesan untuk tindakan lanjut pihak berkuasa.

Hanani lebih tenang dan tabah menghadapi masa hadapannya walaupun dirinya sedikit nakal, tetapi kreatif. Basirah nyata teruja dengan kehidupan remaja yang normal seperti kakanya, walaupun dia genius. Begitulah impian gadis genius yang sepi dalam gema sistem internet. 

Sunday 11 December 2011

SOALAN PENGUKUHAN (SAJAK LAUT)



Laut ini begitu biru
Laut ini begitu luas
Laut ini begitu indah

1) Apakah gaya bahasa yang digunakan pada rangkap pertama sajak?

    a) anafora
    b) metafora
    c) asonansi

2) " angin pantai melambai "

    Apakah unsur gaya bahasa yang terdapat dalam rangkap ini ?

    a) metafora
    b) personafikasi
    c) hiperbola

3) Dia lebih bernilai dariku

   Apakah jenis gaya bahasa pengulangan yang digunakan dalam
   bait di atas?

   a) asonansi
   b) aliterasi
   c) anafora

Saturday 10 December 2011

MAKSUD SAJAK LAUT



Berdasarkan petikan Sajak Laut dibawah, penginterpretasian makna telah digarap berdasarkan kefahaman pengkaji. Contohnya:

Laut ini begitu biru
Laut ini begitu luas
Laut ini begitu indah

Betapa bahagianya hati
Laut ini membuatku bahagia
Laut ini begitu tenang
Begitu kaya

Kulihat pasir putih
Kulihat kerang
Kurasakan ombak menyapa kaki
Dan kurasakan
Angin pantai membelai

Seorang nelayan jauh disana
Berdiri di atas perahu kecil
Menebarkan jala
Mencari ikan untuk keluarga.

Burung laut menari-nari disana
Mengepak-ngepakkansayapnya
Begitu gembira mereka bernyanyi
Bagai berlumba
Dengan nyanyian ombak
Setengah matahari kulihat di seberang

Di seberang laut biru ini
Bagai malu-malu ia mengintip
Namun dengan setia
Memberi sinarnya.

Hai, laut biru
Hari ini juga aku nyatakan
Kau adalah saudaraku

Pada rangkap pertama, pengarang menyatakan perasaan kagumnya terhadap alam, kerana laut sangat biru, luas dan indah. Pada rangkap yang kedua pula, pengarang menyatakan perasaannya yang gembira apabila memandang laut. Hal ini demikian kerana laut kelihatan begitu tenang dan kaya dengan khazanah alam yang terdapat di dalamnya. Seterusnya, pengarang dapat merasakan kenikmatan berada di pantai apabila melihat pasir putih dan kerang. Ketenangan juga dapat dirasai dengan ombak yang menyapa kaki pengarang serta angin pantai yang membelai tubuhnya. Pada rangkap keempat, pengarang terlihat seorang nelayan yang sedang menangkap ikan untuk mencari sesuap nasi untuk menyara keluarga. Perahu kecil, jala dan laut banyak berjasa kepadanya. Daripada perahu kecil dan jala itulah dia memperoleh hasil tangkapan yang tidak seberapa seperti ikan dan kerang. Rangkap kelima pula menggambarkan suasana ceria di pantai dengan kehadiran burung-burung laut dan diiringi ombak yang menderu. Pada rangkap keenam, pengarang melihat keindahan matahari terbenam di seberang laut. Semasa matahari terbenam, masih terpancar cahaya sinarnya pada alam. Pada rangkap yang terakhir  pengarang ingin menjadikan suasana laut yang tenang sebagai temannya.



Video laut (Set Induksi)











KENANGAN LALU . . .



Seharian ke Taman Budaya Negeri Sembilan untuk menyaksikan pementasan drama 




Bersama rakan-rakan seperjuangan...



Antara babak dalam drama "Pasir-Pasir Salak"


Thursday 8 December 2011

TEKNIK MENGHASILKAN SAJAK




Langkah-langkah

1)   Menentukan kata asas
    Contohnya, LAUT.
    Dengan menggunakan kata asas ini, kita mengumpul puluhan atau ratusan kata
    yang berkaitan dengannya.
2)   Membina ungkapan/ baris
    Contohnya, 'ombak di pantai memutih'
    Ungkapan atau baris yang dihasilkan ini merupakan jalinan kata (perkataan) yang  
    dikumpul.
3)   Membina rangkap
    Contoh, 'ombak di pantai memutih
    desirannya bergemersik
    menyanyikan lagu alam
   indah dan mengasyikkan
   mendamaikan jiwaku.
4)  Mencipta sajak yang lengkap.
5)  Menyunting sajak (jika perlu).

GEMA SEPI GADIS GENIUS

Gema Sepi Gadis Genius merupakan sebuah antalogi komsas tingkatan 2. Antologi ini terdiri daripada pelbagai genre seperti puisi tradisional, sajak, prosa tradisional, cerpen dan drama. Antara karya-karya yang dimuatkan dalam antalogi ini adalah :


GENREJUDUL
Puisi Tradisional
  • Pantun Dua Kerat (nasihat)
  • Pantun Empat Kerat (Muhibah dan Perpaduan)
  • Pantun Agama
  • Syair Nasihat (Penghujung Thamarat al-Muhimmah)
  • Perang Saudara di Pahang
  • Syair Mendapat Gemala Naga
Sajak
  • Persahabatan
  • Hari Guru
  • Burung-burung Pagi
  • Ketenangan
  • Sajak Laut
  • Warkah Kepada Generasi
Prosa Tradisional
  • Raja Muda
  • Hikayat Daeng Upu Menambun
  • Hikayat Inderaputera
  • Hikayat Anggun Cik Tunggal
Cerpen
  • Anak Penggunting Rambut
  • Cepa Rengat
  • Dendam
  • Maafku Pinta
  • Gema Sepi Gadis Genius
  • Warkah Daripada Ibu
Drama
  • Hemodialisis
  • Inflakasta
  • Di Sini Bakti Bersemadi